KUALA LUMPUR, 5 MEI – Malaysia hari ini menyekat warganegara dari Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka daripada memasuki Malaysia, susulan tambahan sekatan penerbangan ulang alik India berikutan kebimbangan penularan COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekatan tersebut melibatkan semua kategori pemegang pas lawatan sosial jangka panjang, pelawat perniagaan antarabangsa dan lawatan sosial. “Bagaimanapun,