Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    M’sia, S’pura nilai semula risiko sebelum teruskan VTL udara, darat

    ISKANDAR PUTERI, 7 JAN – Kerajaan Malaysia dan Singapura akan menilai semula risiko semasa sebelum memutuskan untuk meneruskan dengan kuota 50 peratus daripada kapasiti asal skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat atau sebaliknya. 

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata mengikut perbincangan asal, kedua-dua negara sebelum ini bersetuju untuk meneruskan VTL harian dengan pengurangan kuota kepada 50 peratus untuk penjualan tiket diteruskan pada 21 Januari ini. 

    Pada 23 Disember lalu, kedua-dua negara memutuskan menggantungkan penjualan tiket VTL udara dan darat susulan ancaman Omicron, sebelum ia dijangka diteruskan semula. 

    “Kedua-dua pihak akan berbincang mengenai jumlah yang boleh… sama ada udara ataupun darat. 

    “Dalam beberapa minggu ini, kita akan buat penilaian kalau kedua-dua pihak merasakan untuk (meneruskan dengan) 50 peratus ataupun sebaliknya,” kata beliau kepada pemberita pada majlis meraikan pencapaian kendalian 11 juta unit (TEU) kontena oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi 2021, hari ini.           

    Wee berkata setakat ini seramai 37,783 pengembara dari Singapura ke Malaysia direkodkan menggunakan VTL udara. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...