Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    M’sia-Thai buka semula sempadan

    BANGKOK, 14 JAN – Perdagangan sempadan antara Malaysia dan Thailand dijangka mendapat rangsangan daripada pembukaan semula kesemua sembilan pusat pemeriksaan di sempadan.

    Pegawai Perdagangan Jabatan Perdagangan Luar dari Kementerian Perdagangan Thailand, Niwat Hansaward berkata disebabkan pandemik COVID-19, Thailand telah menutup semua 97 pusat pemeriksaan sempadannya, termasuk sembilan di sempadan Malaysia pada akhir Mac 2020 dan ini telah menjejaskan perdagangan kerana penghantar kargo berdepan kesukaran untuk menghantar barangan.

    “Bagaimanapun, pusat pemeriksaan telah dibuka semula secara beransur-ansur. Sehingga kini, terdapat 46 pusat pemeriksaan, termasuk kesemua sembilan pusat pemeriksaan di sempadan Malaysia, yang sedang beroperasi. Ini adalah satu langkah besar ke hadapan untuk meningkatkan perdagangan sempadan dan kesan positif kepada aliran barangan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Kerajaan Thai telah menutup kesemua sembilan pusat pemeriksaan di darat dan laut Thai-Malaysia  semasa pandemik bagi mengekang penularan COVID-19. Hanya satu pusat pemeriksaan darat atau laut di setiap wilayah yang bersempadan dengan Malaysia dibuka untuk pengangkutan barangan merentasi sempadan.

    Pada November tahun lalu, dua pusat pemeriksaan terakhir di sempadan Malaysia-Thai di Narathiwat, iaitu Ban Buketa-Bukit Bunga (Kelantan)  dan Tak Bai-Pangkalan Kubor (Kelantan), dibuka semula.

    Disasarkan dua pusat pemeriksaan kastam di kawasan itu akan meningkatkan nilai perdagangan tahunan di antara Thai-Malaysia berkembang sekurang-kurangnya sebanyak 600 juta baht.

    Niwat berkata perdagangan rentas sempadan agak perlahan tahun lalu berikutan sekatan di sempadan yang ketat serta kekurangan buruh.

    “Bagaimanapun, pemulihan ekonomi global, penyusutan nilai baht dan pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan telah meluaskan perdagangan sempadan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...