Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 29 Ogos – Enam buah pasukan telah bertanding Cabaran IET Faraday ‘Do-It-Yourself’ yang telah berlangsung di Kompleks Membeli-Belah Times Square, Berakas, baru-baru ini.
Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) yang membawa pulang wang tunai $1,000 berserta komputer desktop dan sijil, manakala itu, tempat kedua dimenangi pasukan Sekolah Seri Mulia Sarjana dan pasukan Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait berada di tempat ketiga dengan masing-masing menerima wang tunai $500 dan $300.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengerusi Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET) Brunei bagi sesi 2014-2017 dan Pegawai Hubungan Sains Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), Albert Chang Yew En.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn