Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maktab Sains anjur pameran projek STEAM

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) telah menganjurkan Minggu Pendidikan STEAM 2025 di dewan kuliah, gimnasium dan dewan peperiksaan di maktab berkenaan baru-baru ini.

    Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu telah mempamerkan projek-projek berasaskan STEAM oleh pelajar Tahun 7, 8 dan 9 serta pelajar Pra-Universiti.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penutup pameran STEAM berkenaan, Pegawai Kanan Khas (Profesional), Jabatan Sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Metussin Bin Haji Jais.

    Acara yang berlangsung selama tiga itu telah menyaksikan kehadiran tetamu dan hakim jemputan, pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, sekolah-sekolah rendah dan menengah yang terpilih serta pusat tingkatan enam, delegasi dari Sekolah Menengah Sains dan Matematik Universiti Nasional Singapura, kakitangan Maktab Sains, pelajar dan ibu bapa.

    Tetamu yang hadir juga berpeluang mengunjungi gerai-gerai, pameran, serta berinteraksi dengan peserta projek.

    Antara objektif projek STEAM pada tahun ini adalah untuk membangunkan sikap positif dan minat pelajar terhadap bagaimana STEAM boleh digunakan untuk mencipta penyelesaian kepada cabaran global serta mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) secara kolaboratif, lestari, kreatif dan inovatif.

    Turut hadir di majlis itu, Pengetua Kolej, Pengiran Hajah Rahmah binti Pengiran Haji Abas serta tetamu yang lain.

    Haji Metussin berinteraksi dengan antara pelajar di pameran itu. 
    Gambar ramai tetamu kehormat dengan kumpulan pelajar yang memenangi anugerah di Minggu Pendidikan MS Steam 2025. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MSPSBS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda