Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    MSSBRPAD, Serikandi meterai perjanjian

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Pengurusan Jawatankuasa Takmir Masjid Seri Suri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (MSSBRPAD) Kampung Manggis Madang, hari ini, telah meterai perjanjian dengan Syarikat Serikandi Cafe & Restaurant Sdn Bhd.

    Majlis penandatanganan perjanjian yang berlangsung di Dewan MSSBRPAD itu telah disaksikan oleh wakil-wakil daripada kedua-dua pihak.

    Perjanjian tersebut meliputi tempoh perkhidmatan selama tiga tahun yang akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos tahun ini hingga 31 Julai 2028.

    Majlis menandatangani perjanjian itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Dewan MSSBRPAD, Pengiran Aliuddin bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Serikandi Cafe & Restaurant, Hajjah Latifah binti Ambran.

    Hadir menyaksikan penandatanganan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Takmir MSSBRPAD, Awang Nuzli bin Haji Jumat dan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat-syarikat Serikandi, Dr Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.

    Pengiran Aliuddin antara lain menjelaskan, kerjasama itu merupakan satu langkah penting dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan yang memilih Dewan MSSBRPAD sebagai lokasi acara mereka.

    Hajjah Latifah berkata, “Kerjasama tersebut dijangka memberi impak positif kepada pembangunan industri hospitaliti tempatan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan dalam komuniti.”

    Turut hadir menyaksikan majlis penandatanganan itu ialah penasihat-penasihat Jawatankuasa Takmir MSSBRPAD, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan MSSBRPAD Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan ahli-ahli jawatankuasa takmir dan kakitangan Syarikat Serikandi Cafe & Restaurant.

    Gambar ramai semasa majlis penandatanganan perjanjian di Dewan MSSBRPAD. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda