MSU lahirkan 1,769 graduan kebolehpasaran

SHAH ALAM – Management and Science University (MSU) merupakan antara universiti terbaik di Malaysia dengan memfokuskan kepada penawaran program-program pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global.

Selari dengan sasaran untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkemahiran tinggi, MSU turut mengaplikasikan program berasaskan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam semua peringkat pengajian yang ditawarkan.

Melalui tagline Transforming Lives, Enriching Future, MSU telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan akreditasi dalam mengiktiraf peranannya membangunkan dan memperkasakan kualiti pendidikan modal insan di peringkat negara dan antarabangsa.

Baru-baru ini Majlis Konvokesyen MSU ke-26 telah diadakan yang menyaksikan sambutan penuh bermakna kepada 1,769 graduan daripada 87 program pengajian dalam tiga sidang majlis.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Pro-Canselor MSU, Tan Sri Dato’ Seri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid serta Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid.

Penerima-Penerima Anugerah Khas Kecemerlangan bagi Majlis Konvokesyen MSU ke-26.
Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Aleaa Nur Insyirah Dr Haji Alias bergambar bersama keluarga.

Secara keseluruhannya, seramai 48 graduan menerima ijazah Doktor Falsafah, 34 graduan ijazah Sarjana, 1,108 graduan menerima ijazah Sarjana Muda dan seramai 579 graduan menerima Diploma telah menerima skrol masing-masing pada majlis konvokesyen kali ini.

Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional menyumbang bilangan graduan terbesar iaitu 467 graduan dan Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan merekodkan graduan daripada 18 program pengajian iaitu fakulti dengan bilangan program pengajian terbanyak.

Turut diraikan ialah graduan sulung bagi empat program pengajian iaitu Sarjana Muda Pendidikan (Kesihatan dan Pendidikan Jasmani), Sarjana Muda Pendidikan (Sains) (Kepujian), Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Farmaseutikal (Kepujian) dan Sarjana Muda Teknologi Muzik (Kepujian).

Lima kategori anugerah khas turut diberikan kepada 47 graduan atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang pengajian masing-masing.

Mereka adalah Anugerah Pingat Emas Canselor: Aleaa Nur Insyirah Dr Haji Alias, Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) – (TESL); Anugerah Presiden: Sruthi Susan George, Sarjana Muda Pengurusan Pelaburan (Kepujian) dan Hani Qistina Dayana Avelino S. [email protected] Mohd Fadil, Diploma dalam Teknologi Makmal Perubatan serta Goh Wen Jian, Sarjana Muda Sains Perubatan (Kepujian) menerima Mohd Shukri Yajid Outstanding Award. Selain itu, 26 graduan dan 17 graduan masing-masing menerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri.

Pencapaian sepanjang hampir empat dekad universiti tersebut termasuklah disenaraikan dalam QS World University Rankings 2020, ranking antara ke-541 dan ke-550 serta disenaraikan dalam QS Top 100 Young University in the World Top 50 Under 50 Rankings 2020.