Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MSU masuki QS Asia Ranking

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – QS World Universities Ranking 2018 telah menempatkan Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor, Malaysia antara 1.8 peratus terbaik di Asia dengan kedudukan ke-217 apabila kali pertama memasuki QS Asia Ranking 2018.

    Sebelum ini, MSU memulakan 2017 dengan Rating QS lima bintang bagi pengajaran, kemudahan-kemudahan, kebolehpasaran graduan, tanggungjawab sosial dan keterangkuman.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, The QS World Universities Rankings, melibatkan lebih 70,000 akademik dan 44,000 majikan, dipercayai oleh pelajar-pelajar, ahli-ahli akademik, pemimpin universiti, industri dan kerajaan bagi keterangkuman dan keseimbangannya.

    Ranking tahunan universiti-universiti dunia oleh penganalisis pengajian tinggi dan konsultan kerjaya QS atau Quacquarelli Symonds yang berpangkalan di London adalah berasaskan petunjuk prestasi yang diselaraskan dengan teliti termasuk pengajaran, kebolehpasaran graduan, pengantarabangsaan dan penyelidikan.

    QS Asia Ranking 2018 menggunakan petunjuk prestasi World Universities Ranking yang sama tetapi diselaraskan semula dengan menggambarkan keutamaan-keutamaan Asia.

    QS World Universities Ranking 2018 telah menempatkan MSU antara 1.8 peratus terbaik di Asia dengan kedudukan ke-217.

    Menurut kenyataan itu, MSU baru-baru ini menerima dua penghormatan Kecemerlangan dalam Pendidikan Antarabangsa Berkualiti dan Sumbangan Cemerlang kepada Pendidikan Antarabangsa daripada badan pentauliahan United Kingdom (UK), Accreditation Service for International Schools, Colleges & Universities (ASIC).

    Universiti berkenaan telah dinamakan sebagai Most Entrepreneurial Private University 2016 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan dianugerahkan Best Brand in Education 2016 oleh Asia Pacific Brands Foundation.

    Ranking 2017 bagi MSU itu bukan sahaja selaras dengan aspirasi universiti untuk menonjol dalam ranking dunia berkenaan tetapi juga meraikan komitmen yang pantas universiti ke arah kecemerlangan dalam pendidikan tinggi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda