Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Sempena bulan Ramadan tahun ini, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarbangsa Brunei petang tadi. Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi berkenaan dimulakan

