Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MTIC rai peristiwa bersejarah Israk Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Bagi memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj tahun 1446H/2025M bertempat di Dewan Amar Pahlawan, MTIC.

    Majlis tahun ini dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (PBMP) dan dihadiri Setiausaha Tetap di MTIC, Ir Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof sebagai wakil peribadi Pemangku Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas, Haji Mohammad Aduka bin Haji Abdul.

    Majlis seterusnya diserikan dengan ceramah khas sempena Israk dan Mikraj tahun 1446H/2025M bertajuk Sembahyang Mencerdaskan Minda yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang.

    Selain memperingati peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW, majlis itu juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), ketua-ketua jabatan, ketua eksekutif serta pegawai-pegawai dan kakitangan MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    Ir Haji Mohammad Nazri hadir pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj di Dewan Amar Pahlawan, MTIC. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Haji Muhammad Naqib menyampaikan ceramah bertajuk Sembahyang Mencerdaskan Minda. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda