Oleh Efwad Rashyad BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Sebagai salah satu inisiatif bagi mengimarahkan masjid dan permuafakatan, Masjid Kampung Sungai Besar mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi menandakan tamatnya bacaan Tadarus 30 juzuk Al-Quran, yang diadakan setiap hari selepas sembahyang fardu Subuh. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat lazim

