Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mualaf-Ving Race kukuh pemahaman sejarah Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Belia Mualaf As-Syahadah di bawah naungan Urus Setia Program Keagamaan Belia (PKB), Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Program Mualaf-Ving Race: Kenali Negaraku di Taman Mahkota Jubli Emas, hari ini.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Ugama Kanan, PDI, KHEU, Hajah Zunainah binti Haji Gunong.
     
    Program Mualaf-Ving Race: Kenali Negaraku merupakan salah satu komponen di bawah Program Ikon Mualaf yang telah disusun mengikut konsep Amazing Race. Seramai 33 peserta daripada Ikon Mualaf menyertai perlumbaan tersebut. 
     
    Perlumbaan itu mempunyai stesen-stesen yang menyediakan cabaran dan tugasan yang perlu ditempuhi oleh setiap kumpulan.
     
    Pengisian aktiviti program termasuk teka silang kata, exercise sprint, permainan tradisi, teka gambar dan teka peribahasa Melayu.
     
    Antara objektif program itu adalah untuk mengukuhkan pemahaman dan mengongsikan pengetahuan kepada para peserta Ikon Mualaf mengenai sejarah Negara Brunei Darussalam termasuk sejarah Bandar Seri Begawan. 
     
    Selain itu untuk memupuk rasa bangga dan keyakinan dalam kalangan peserta sebagai Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. 
     
    Di samping itu juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta melalui aktiviti kerjasama dan berpasukan dan membina jati diri yang kuat dan positif dalam diri mereka supaya mampu berdikari dan berperanan aktif.
     
    Antara aktiviti yang diadakan semasa program tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda