Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muaz FT bersedia pamer aksi hebat dalam kejohanan B18

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Pasukan Muaz FT mengadakan perjumpaan rasmi bersama pemain yang terpilih mewakili kejohanan Bola Sepak Brunei Youth League U-18, 2025 yang akan bermula pada Jun ini.

    Pada majlis yang berlangsung di Beribi, baru-baru ini, pengasas pasukan Muaz FT, Mohammad Sanusi bin Mohamad menjelaskan perjumpaan tersebut merupakan langkah dan persediaan awal dalam memberi penerangan kepada jawatankuasa pasukan dan barisan muda Muaz FT yang akan menggalas misi skuad berkenaan.

    Beliau melahirkan keyakinan, anak buahnya akan mampu memberikan saingan hebat kepada kelab-kelab yang bersaing dalam kejohanan berkenaan.

    “Para jawatankuasa pengurusan dan semua pemain perlu memberikan komitmen dan bersatu hati dalam membentuk kejayaan pasukan ini,” ujarnya.

    Pasukan Muaz FT yang bakal beraksi dalam Kejohanan Bola Sepak Youth League U-18, 2025.- GAMBAR SERAHAN PASUKAN MUAZ FT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda