Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muaz reda jika tiada anak

    Pelakon Muaz Fitri, 34, bahagia bersama isterinya, Qaseh Anita Abd Shukor, 50, dengan menyerahkan soal cahaya mata kepada ketentuan Allah, namun bersyukur impian hidup bersama menjadi kenyataan.

    Muaz atau nama sebenarnya, Muaz Aidil Fitri Maslan berkata, dia tahu dengan perbezaan umur yang ketara iaitu 16 tahun, sudah tentu menimbulkan pelbagai pertanyaan, terutama soal anak.

    “Sepanjang kami bercinta dan bertunang dulu, banyak juga terima komen negatif ditulis warganet apabila kisah disiarkan media, tapi saya okay sahaja sebab kita semua ada pilihan masing-masing, bahagia cara kita.

    “Saya juga tak kisah apabila terbaca komen seperti ‘eh tunang dia tualah’, ‘dia nak tumpang senang saja ni’, ‘tak nak anak ke bila kahwin nanti’, semua itu memang ada segelintir warganet yang tulis.

    “Tapi, bagi saya, tidak mengapalah dan terima kasih semua. Bagi saya, kalau kami ada rezeki dikurniakan anak, Alhamdulillah.

    Muaz berkata dia menerima dan hormati apa sahaja komen ditulis warganet terhadapnya kerana semua orang berhak menulis apa sahaja komen walaupun ia berbaur negatif pada era media sosial. – mStar

    “Kalau tak ada pun, saya reda dan terima dengan seikhlas hati sebab tidak semestinya tiada anak, kami tidak boleh mengecap bahagia dalam rumah tangga dibina,” katanya kepada Harian Metro.

    Muaz berkata dia menerima dan hormati apa sahaja komen ditulis warganet terhadapnya kerana semua orang berhak menulis apa sahaja komen walaupun ia berbaur negatif pada era media sosial.

    “Apapun, saya gembira hubungan dengan anak tunggal isteri, Hilman, 26, baik dan rapat, termasuk penerimaan keluarga mentua kepada saya juga sangat baik.

    “Saya hanya mampu bersyukur dengan rezeki kasih sayang keluarga yang Allah berikan ini.

    “Niat saya mengahwini Qaseh sebagai isteri ikhlas. Banyak yang sudah kami lalui selepas saling mengenali dan rapat sejak 2018,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda