Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MUFC tidak beraksi isu tunggakan gaji

    KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Pasukan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji, Melaka United FC (MUFC) sah tidak mendapat tempat dalam saingan Piala Malaysia 2022.

    Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu semalam.

    Keputusan tersebut dibuat disebabkan kegagalan MUFC menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka.

    “MUFC kini menduduki tempat kesembilan Liga Super dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan Piala Malaysia 2022,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda