Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mufti Kerajaan terima kunjungan delegasi Azerbaijan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Republik Azerbaijan pada majlis yang berlangsung di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan hari ini.

    Delegasi yang disertai oleh enam orang itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Keagamaan Republik Azerbaijan, Gunduz Ismayilov.

    Juga menyertai rombongan ialah Rektor Institut Teologi Azerbaijan (AIT), Profesor Madya Agil Shirinov; Penolong Rektor AIT, Emin Orujov; Ketua Jabatan Agensi Pembangunan Perniagaan Kecil dan Sederhana Republik Azerbaijan, Anar Yusufzada; Pakar Kanan di Perhubungan Antarabangsa AIT, Shahin Alasgarov; dan Konsul dan Setiausaha Pertama, Kedutaan Azerbaijan di Kuala Lumpur, Elsevar Salmanov.

    Ketibaan rombongan di Darulifta juga dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman berserta beberapa orang pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan.

    Rombongan tersebut dalam rangka lawatan dua hari ke negara ini hingga hari ini dengan tujuan untuk memperkembangkan hubungan dan kerjasama antara institusi Brunei dan Azerbaijan dalam pengajian dan penyelidikan sains Islam serta membincangkan usaha penyelarasan dalam isu-isu Islamofobia pada peringkat antarabangsa.

    Kunjungan hormat daripada delegasi Republik Azerbaijan yang berlangsung di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan. – Gambar serahan Jabatan Mufti Kerajaan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda