Monday, February 24, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini, menerima kunjungan hormat dan muhibah daripada Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    Dalam kunjungan di pejabat Yang Berhormat Pehin di Jabatan Mufti Kerajaan, Darulifta, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disertai oleh isteri beliau, Datin Dr. Shereen binti Muhamad Yunoos, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Haji Hashim bin Salleh dan dua orang pegawai dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan.

    Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak membincangkan mengenai hal ehwal fatwa dan hal ehwal Islam. Di akhir pertemuan itu, Yang Berhormat Pehin turut menyampaikan buku terbaru terbitan Jabatan Mufti Kerajaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda