Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada dua orang ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik, di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK).

    Perwakilan negara yang baharu dilantik berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Kolonel (B) Pengiran Haji Kamal Bashah bin Pengiran Haji Ahmad, dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Haji Roslan bin Haji Yacub.

    Kedua-dua mereka telah dikurniakan surat watikah pelantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 September lalu pada majlis yang berlangsung di Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman.

    Yang Berhormat Mufti Kerajaan menerima kunjungan hormat daripada dua orang ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik, di Darulifta Brunei Darussalam, JMK. – Gambar serahan JMK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda