Friday, November 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada para pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Malaysia.

    Kunjungan hormat berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK).

    Rombongan terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM, Dr Mohamad Kori bin Jusoh; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Malaysia, Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof dan Penolong Pengarah Kanan (Sekretariat MABIMS Malaysia), JAKIM, Mohd Khairulzaki bin Misbah.

    Mengalu-alukan rombongan di Darulifta Brunei Darussalam ialah, Pemangku Pengarah Pentadbiran JMK, Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman berserta beberapa orang pegawai dari JMK.

    Pegawai-pegawai tersebut berada di negara ini sebagai wakil Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) MABIMS kali ke-48 yang diadakan di negara ini dari 4 November hingga hari ini.

    Pada pertemuan tersebut, rombongan dari Malaysia dan Yang Berhormat Pehin sama-sama bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan agama Islam di negara masing-masing.

    Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz semasa menerima kunjungan hormat daripada rombongan pegawai-pegawai JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Malaysia. – GAMBAR SERAHAN JMK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda