Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat perpisahan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani yang berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

    TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022.

    Pada kunjungan itu, kedua-dua belah pihak menghargai hubungan yang telah terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan, dan berharap agar hubungan baik tersebut akan terus kekal.

    TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani akan meninggalkan negara ini pada 11 Ogos ini.

    Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz menerima kunjungan hormat perpisahan daripada TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani. – GAMBAR SERAHAN JMK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda