Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mufti Kerajaan terima kunjungan muhibah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini telah menerima kunjungan muhibah daripada empat pegawai penyelidik dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Republik Indonesia yang diketuai oleh Dra. Hajah Suhanah, di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta.

    Sebelum perjumpaan dengan Mufti Kerajaan, rombongan dialu-alukan ketibaan mereka oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti, Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman.

    Dalam kunjungan tersebut, Yang Berhormat Pehin dan rombongan Indonesia membincangkan hal-hal keagamaan. Di akhir perbincangan, Yang Berhormat Pehin menyampaikan cenderamata berupa buku-buku terbitan terbaharu Jabatan Mufti Kerajaan.

    Rombongan kemudian mendengar taklimat mengenai jabatan tersebut dan mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan dipengerusikan oleh Haji Saiful Nizam.

    Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz semasa menerima kunjungan muhibah daripada empat pegawai penyelidik dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Republik Indonesia di Darulifta.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda