Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned hari ini menerima kunjungan muhibah daripada Pengetua merangkap Kadi Syar’ie Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Selatan Thailand, Tuan Guru Haji Abdul Basit bin Haji Mahmud.
Kunjungan rombongan yang terdiri daripada empat orang tersebut berlangsung di pejabat Mufti Kerajaan di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK).
Dalam kunjungan, rombongan dari Yala berkenaan telah berkenalan dengan Yang Berhormat Mufti Kerajaan sementara melihat lebih dekat pendidikan dan kemajuan agama Islam di Negara Brunei Darussalam.
