Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mufti Kerajaan terima kunjungan pembentang kertas kerja

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned kelmarin menerima kunjungan hormat daripada para pembentang kertas kerja Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi’i bersempena 60 Tahun Institusi Fatwa Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa,
    Berakas.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan, di sini, menyatakan kunjungan berkenaan berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

    Termasuk dalam kunjungan berkenaan ialah Setiausaha Agung, The International Islamic Fiqh Academy, Jedah, Profesor Emeritus Dato’ Dr Koutub Moustapha Sano dan Setiausaha Agung Islamic Research Academy. Professor Dr Mohamed Abdel Dayem El-Gendy.

    Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi’i tersebut telah berkenan dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan pada 3 Jun.

    Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu membawa tema, Mazhab Syafii dalam Era Digital: Relevan dan Cabaran.

    Yang Berhormat Mufti Kerajaan semasa menerima kunjungan pembentang kertas kerja Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi’i. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MUFTI KERAJAAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda