Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mufti Kerajaan terima kunjungan rombongan Mufti Besar Filipina

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Mufti Besar Darul Ifta Wilayah 9 dan Palawan, Filipina.

    Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, hari ini.

    YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz menerima kunjungan hormat dari rombongan Besar Darul Ifta Wilayah 9 dan Palawan, Filipina. – GAMBAR SERAHAN JMK
    GAMBAR SERAHAN JMK

    Turut hadir semasa kunjungan itu, Farrell Hazsan E. Usman, pegawai dari Ministry of Finance, and Budget and Management Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao;  Alameda Hajim M. Andong, pegawai dari Ministry of Finance, and Budget and Management Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao dan Dr. Anwar M. Radiamoda, pensyarah Mindanao State University.

    Rombongan tersebut berada di negara ini dalam rangka menghadiri Syariah Advisory Foram (SAF) 2025 anjuran Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF) yang berlangsung pada 22 Oktober.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda