Monday, April 21, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muguruza punahkan impian Venus

    LONDON, 16 Julai – Garbine Muguruza meraih gelaran Wimbledon pertama dan memusnahkan impian bersejarah Venus William dengan kemenangan 7-5, 6-0 semalam.

    Muguruza mengetepikan Williams dengan penguasaan permainan dalam masa 77 minit di Centre Court untuk menjadi wanita kedua Sepanyol untuk memenangi Wimbledon.

    Menyaksikan perlawanan dari Royal Box ialah Raja Juan Carlos dari Sepanyol, pemain berusia 23 tahun itu, akhirnya berjaya menewaskan Venus Rosewater Dish dua tahun selepas tewas kepada adik pemain dari AS itu, Serena, dalam persaingan akhir Wimbledon.

    Menariknya, ia adalah jurulatih Muguruza sekarang, Conchita Martinez yang menjadi wanita pertama untuk mengibarkan bendera Sepanyol di Wimbledon pada 1994 apabila dia menewaskan Martina Navratilova.

    Garbine Muguruza memegang trofi kemenangan selepas menewaskan Venus Williams di final Wimbledon, London. - AP
    Garbine Muguruza memegang trofi kemenangan selepas menewaskan Venus Williams di final Wimbledon, London. – AP

    “Set pertama adalah sukar. Kami memiliki banyak peluang. Saya gembira memanfaatkan peluang saya,” kata Muguruza. Dua tahun lalu saya tewas dalam perlawanan akhir menentang Serena dan dia memberitahu saya, saya akan menang pada satu hari nanti. Akhirnya, saya berjaya!” Dia menambah: “Saya tidak tahu bagaimana ia akan berlaki kerana saya merasa gentar. Saya mahukannya dengan cara saya.

    “Saya melakukan segala yang mampu untuk bersedia. Apabila anda melangkah di atas gelanggang, anda melihat orang ramai, anda melihat persaingan, anda melihat saya berada di sini beraksi satu lagi perlawanan Wimbledon. – AFP

    Saya berpuas hati dengan cara saya memenanginya.”

    Persaingan gelaran Grand Slam kedua bagi Muguruza kelahiran Venezuela, berikutan kejayaan Terbuka Perancis pada tahun lepas, menafikan Williams, 37, dalam usahanya untuk menjadi juara tertua Wimbledon dalam era Terbuka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda