Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhammad Akmal Yamin juara Beyblade X

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman dari Pasukan Santai Aja Bladers (SA) muncul juara pertandingan Beyblade X Battle of Knight, anjuran Jakusha Tour setelah menewaskan Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin juga dari pasukan yang sama dalam perlawanan akhir Beyblade, yang di adakan di Teratak DBos di Kampung Mentiri sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah Buffet Server & Food Warmer.

    Sementara itu Amiruddin bin Haji Abdi Manaf dari pasukan Jakusha Bladers (JB) berjaya merangkul tempat ketiga dan Aediesopian bin Haji Ismail dari pasukan JB berjaya mendapat tempat keempat.

    Manakala pemenang hadiah sagu hati lapan teratas disandang oleh Junaidi dari pasukan Underground Beys (UG), Nur’Ishfa Nabiqah dari pasukan Ghostbeys, Aediesopian dari JB dan Mohammad Erwan Shah dari JB.

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2023/2024, pasukan JB masih mengungguli carta liga dengan memperolehi 147 mata diikuti UG yang memperolehi 84, pasukan SA mengutip 83 berjaya memintas GB dengan 78 mata dan Beyblade Madness dengan tujuh mata.

    Gambar ramai peserta semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda