Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Muhammad Azeem mampu bersaing – Wai Hon

-

KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Pelari pecut muda negara Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mampu memberikan cabaran sengit dalam divisyen satu kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA)  Amerika Syarikat (AS) jika diberi ruang bersaing dalam kejohanan itu. 

Bekas atlet kebangsaan, Liew Wai Hon, 55, yang berpangkalan di AS sebagai pendidik di Minnesota, berkata keyakinan berkenaan berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan atlet kelahiran Ipoh, Perak itu. 

“Saya yakin kalau Muhammad Azeem ke sana (AS) memang terus sertai divisyen satu sebab prestasi 10.09 saat (s) sangat menakjubkan. Lagi pun divisyen berkenaan hanya dikhaskan kepada atlet yang mempunyai prestasi kelas dunia.” Katanya.

Divisyen satu dikhaskan bagi kelompok atlet terbaik dengan atlet profesional terbanyak hadir dalam kategori ini, manakala divisyen dua mempunyai beberapa atlet yang baik dan segelintir yang boleh bersaing dengan divisyen satu peringkat rendah.

Muhammad Azeem berjaya memecah rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09s di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, baru-baru ini, mengatasi rekod milik Khairul Hafiz Jantan (10.18s).

Menurut Wai Hon, Majlis Sukan Negara (MSN) ada menghubungi beliau bulan lepas bagi mendapatkan maklumat terkini universiti-universiti AS seperti Universiti Houston atau Universiti Auburn yang telah memberikan tawaran kepada Muhammad Azeem untuk belajar di universiti berkenaan. 

Beliau yang pernah  menjadi alumni pelajar atlet di Universiti Minnesota pada era 80-an, merupakan antara individu yang membantu seorang lagi atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy, mendapat tawaran belajar sebagai atlet di Universiti State Winona. – Bernama

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kiri) menyampaikan insentif kepada pelari pecut muda negara Malaysia Muhammad Azeem Mohd Fahmi (tengah) pada Perasmian Majlis ‘Amanat Cikgu Saarani’ sempena Program Wacana Perak Sejahtera 2030 dan Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Peringkat Antarabangsa 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Perak, Malaysia pada 17 Ogos lalu.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -