Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhammad Azri juara Teqball

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Persatuan Teqball Brunei telah menganjurkan Kejohanan Mini Teqball selama dua hari yang berakhir pada hari ini, bertempat di Pusat Sejarah Brunei.

    Muhammad Azri bin Awang Abdul Harith muncul juara selepas mengalahkan Ismail Ang dengan straight sets yang mendapat tempat kedua, diikuti oleh Mohd Alliffuddin bin Jamaludin di tempat ketiga.

    Seramai 10 orang pemain yang dibahagikan kepada dua kumpulan telah menyertai kejohanan ini. Dua orang pemain terbaik daripada setiap kumpulan yang bersaing dengan format pusingan robin akan mara ke pusingan kalah mati.

    Kumpulan A terdiri daripada Hanis Hidayatullah, Haji Muhd Hairungllah, Azri Abdul Harith, Haji Muhammad Isa dan Ismail Ang. Manakala, Hadi Ariffin Matali, Alliffuddin Jamaludin, Amiruddin Mohammad, Basyiruddin Haji Kamis dan Hadi Saidin berada di dalam Kumpulan B.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Kanan Sejarah, Muhammad Syahmi bin Halimshah.

    Muhammad Syahmi bergambar bersama para pemenang dan hadiah yang dimenangi mereka.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda