Biarpun baru berusia tiga tahun, namun kelancaran anak sulung selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal membaca Surah Al-Fatihah dihujani komen positif.
Ketika Neelofa menjelaskan mengenai hadiah Al-Quran pemberian pempengaruh, Betty Rahmad, kedengaran Bilal bersungguh-sungguh membaca surah lazim itu.
Walaupun wajah Bilal tidak kelihatan dalam video, namun bacaan sambil jari jemarinya ligat berlegar di muka surat surah lazim itu membuatkan ramai teruja.
Rata-rata pengikut memuji didikan Neelofa dan suaminya, PU Riz yang berjaya mendidik kanak-kanak itu sehingga mampu membaca surah dengan baik.
Malah, ada warga maya mendakwa sebutan Bilal membaca surah lazim itu seperti kanak-kanak yang sudah bersekolah.

Tidak hanya itu, ada juga pengikut meminta Neelofa untuk memuat naik video Bilal mengaji dengan kerap.
“Sebutan (makhraj) Bilal macam umurnya sudah sembilan, 10 tahun. Bagus mak ayah didik dari kecil,” tulis pengikut laman TikTok.
“Tengok anak dia baca Al-Fatihah bagusnya,” kata pemilik akaun lain.
“Masya-Allah pandainya Bilal baca Surah Al-Fatihah. Semoga menjadi anak yang soleh,” kongsi seorang peminat.
Selain Muhammad Bilal, perkahwinan pasa-ngan popular yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 itu turut dikurniakan seorang lagi putera, Abdullah Abbas, 2. – Agensi