Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia

    KUALA LUMPUR, 14 MAC – Jaguh lempar cakera Malaysia, Muhammad Irfan Shamsuddin memulakan kempen 2025 dengan pencapaian memberangsangkan selepas membawa pulang pingat perak dari Queensland Track and Field Championships di Australia, semalam.

    Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

    Catatan dilakukan atlet berusia 29 tahun itu tidak berjaya menandingi rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 62.55m di Linz, Austria pada 2017.

    Dalam pada itu, wakil Great Britain, Lawrence Okoye, mendominasi acara berkenaan menerusi catatan 67.10m.

    Pingat gangsa pula milik Daniel Di Giandomenico, dari kelab Mayne Harriers selepas mencatat 52.76m.

    Kejohanan selama empat hari itu bakal berakhir Ahad ini. – Bernama

    Aksi Muhammad Irfan bin Shamsuddin bertanding dalam acara lontar cakera lelaki semasa Kejohanan Olahraga Asia ke-23, pada 21 April 2019. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda