TEMBURONG, 5 MEI – Awang Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin daripada Pasukan Santai Aja Bladers (SA) muncul juara pertandingan Beyblade X 3 on 3 BCS Vol 4 apabila berjaya menewaskan Awang Muhd Aqil Atthar bin Mohammad Aqim dari Pasukan Tutong X Team (TXT) dengan kiraan mata 6-1 dalam perlawanan akhir Beyblade yang diadakan di Kompleks Pekan Bangar, Temburong.
Manakala tempat ketiga disandang oleh Kuan Pink Yuan daripada Pasukan DBos Beys (DB) setelah menewaskan Awang Yusri bin Ramblee yang juga daripada pasukan sama sekali gus menduduki tempat keempat.
Bagi pemenang sagu hati lapan teratas pula disandang oleh Awang Sallehuddin bin Sabli (DB), Awang Mainor Azizi bin Haji Maidin (DB), Awang Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) dan Awang Mohd Shahdany bin Haji Mohid daripada Pasukan Undergroundz X (UGX).
Sementara itu berbagai aktiviti permainan Beyblade diadakan oleh DB sempena Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) Green Jewel Temburong di mana ia mendapat sambutan mengalakan daripada orang ramai khususnya kanak-kanak yang sekali gus berpeluang mencuba sendiri permainan Beyblade yang disediakan.
Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, JB melebarkan jurang dengan memperoleh 248 mata diikuti DB memperoleh 207 mata.