Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhammad nama anak damit lelaki popular di England, Wales

    LONDON, 6 DIS – Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan anak damit lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lepas, dengan lebih 4,600 anak damit lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).

    Muhammad telah menjadi nama anak damit lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS, kelmarin.

    Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi anak damit lelaki di England dan Wales sejak 2016.

    Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi anak damit lelaki, menurut angka ONS.

    Bagi anak damit perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022. – Bernama

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda