Wednesday, February 26, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhammad Syafiq juara Beyblade X sempena HK-41

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Muhammad Syafiq @ Rafiq bin Abdul Hamid daripada Pasukan DBos Beys (DB) muncul juara pertandingan Beyblade X 3 on 3 Battle of BCS Vol 3 sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-41 setelah berjaya menewaskan Mohamad Alim bin Raduan daripada Pasukan DB dalam perlawanan akhir yang diadakan di Pusat Membeli-belah Aman Hill.

    Tempat ketiga disandang oleh Junaidi bin Mohammad Yussof daripada Pasukan Undergroundz X (UX) setelah menewaskan Mohammad Aqim bin Haji Matsah daripada Pasukan Tutong X (TXT) yang menduduki tempat keempat.

    Sementara itu, pemenang saguhati lapan teratas disandang oleh Muhd Aqil Atthar bin Mohammad Aqim (TXT), DB Danish Irfan bin Riwi (DB), Dayangku Siti Nor Atikah binti Pengiran Rahimi (JB), dan Muhd Luqman bin Haji Kamaludin (SA).

    Dalam pertandingan Beyblade 3 on 3 kategori kanak-kanak 12 tahun ke bawah, juara telah diraih oleh Abdul Wakeel Nazid, tempat kedua disandang oleh Mohd Irham Az-Ziqri dan tempat ketiga oleh Amsyar Waiz bin Wahab.

    Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, Pasukan Jakusha Bladers (JB) semakin melebarkan jurang dengan memperoleh 222 mata, diikuti oleh Pasukan DB dengan 192 mata, Pasukan SA Bladerz dengan 166 mata dan Pasukan UX dengan 120 mata.

    Muhammad Syafiq @ Rafiq (kanan) membawa pulang hadiah berupa sebuah televisyen setelah menjadi juara pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda