Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhammad tekad buru kejuaraan Piala ASEAN B-23

    SEPANG, 13 JULAI – Pemain tengah, Muhammad Abu Khalil bertekad untuk menyumbang kepada misi skuad bawah 23 tahun negara memburu kejuaraan pada Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 yang akan membuka tirai di Jakarta pada Selasa ini.

    Bagi Muhammad, pengalaman menimba ilmu bola sepak di Jepun dan Thailand menjadi bekalan penting buatnya memperkasakan prestasi di pentas serantau bersama Harimau Muda.

    “Ya, sudah semestinya. Saya pergi Jepun, Thailand, jadi dengan pengalaman yang dalam masa setahun saya ke luar negara, insya-Allah akan mematangkan lagi cara permainan saya. Dan sudah tentu, kita memang sasar kejuaraan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

    Mengulas lanjut, Muhammad berkata keserasian antara pemain dalam kem latihan kali ini memudahkan persiapan kerana majoriti daripada mereka sudah mengenali satu sama lain di peringkat akademi.

    “Dalam call-up kali ini, ramai pemain yang kita kenal sebelum ini, daripada Akademi JDT, AMD juga dan pemain ini semua kita kenal dah lama sebenarnya dan kali ini kita bersatu kembali,” katanya.

    Sementara itu, ketua jurulatih skuad B-23, Mohd Nafuzi Zain menyifatkan perlawanan pertama menentang Filipina bakal menjadi titik tolak kepada momentum pasukan sepanjang kejohanan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda