Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhd Adib Nazhan juara pertandingan azan Subuh

    Oleh Sim Y. H.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Awang Muhd Adib Nazhan bin Mohd Nasir dari Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh, Sungai Hanching muncul juara dalam Peringkat Akhir Pertandingan Azan Subuh bagi Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan bagi Tahun 1445 / 2024, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada pertandingan akhir yang berlangsung di Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha itu ialah Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Turut hadir ialah pengarah-pengarah, ketua-ketua bahagian dan jabatan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan JPI, KHEU, para guru dan ibu bapa pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan itu.

    Dalam pertandingan berkenaan, naib johan disandang oleh Awang Muhd Izz Haikal bin Alihan dari Sekolah Rendah Rimba III dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Muhd Radin Hadizul Khaliq bin Haji Muhd Azzatul Amin dari Sekolah Rendah Mabohai.

    Awang Muhd Adib Nazhan menerima hadiah daripada tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Salah seorang peserta semasa mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda