Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Muhd Nur Hafizan, Nurul Asyiqin muncul johan Pertandingan Daie Muda

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Awang Muhd Nur Hafizan @Nur Syafizan bin Saban dan Dayang Nurul Asyiqin binti Haji Abdul Rahman muncul sebagai johan dalam Pertandingan Daie Muda anjuran ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Belia Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, pagi tadi.

    Manakala tempat kedua dan ketiga kategori lelaki masing-masing dimenangi oleh Awangku Shariffuddin bin Pengiran Damit dan Awang Mohd Riduwan bin Johari.

    Bagi kategori perempuan, tempat kedua dimenangi oleh Dayang Nur Afina binti Haji Adam dan Dayang Nurul Afiqah binti Lamit menduduki tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.

    Awang Muhd Nur Hafizan (kanan) ketika menerima hadiah yang disampaikan oleh Haji Abdul Rajid semasa pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID UBD
    Dayang Nurul Asyiqin johan kategori perempuan bagi pertandingan berkenaan.

    Pertandingan Daie Muda tersebut diadakan untuk mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara zikir.

    Di samping itu, ia juga untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai pentingnya berdakwah selain untuk mencungkil bakat serta memupuk semangat belia dan beliawanis supaya berani tampil ke hadapan dalam menyampaikan dakwah.

    Ia juga sekali gus meningkatkan lagi kualiti penyampaian dakwah para peserta agar lebih berkesan serta mengukuhkan lagi ukhuwah dalam kalangan belia dan beliawanis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...