Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Awang Muhd Sahrudi Iswandi bin Hashim memenangi hadiah berupa 250,000 mata Royal Skies pada majlis cabutan bertuah bulanan sempena promosi ulang tahun Bank Baiduri ke-25 pada majlis yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah One City hari ini.
Manakala turut memenangi hadiah cabutan ialah Hajah Zaleha binti Haji Mohd Salleh yang membawa pulang baucar perjalanan bernilai $1,000 dan tiga lagi pemenang lain membawa pulang baucar perjalanan bernilai $500.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha.
Sesi cabutan bertuah ini adalah cabutan bulan pertama bagi pelanggan yang telah mendaftar untuk mendapatkan produk Bank Baiduri bermula 17 Ogos 2019 sehingga 29 Februari 2020.
Promosi ini menawarkan hadiah-hadiah utama dan menarik seperti kereta BMW 5 Series, percutian ke Maldives dan pengalaman makan malam mewah, percutian keluarga ke Hokaido, Sydney dan Bisbane serta mata ganjaran Royal Skies dan baucar perjalanan.
