Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Muhibah Raya BSJV pamer inovasi erat perpaduan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Syarikat Brunei Shell Joint Venture (BSJV), yang terdiri daripada Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd (BSP), Brunei LNG Sdn Bhd, Brunei Shell Marketing Sdn Bhd (BSM), bersama-sama dengan Syarikat Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC), Shell Deepwater Borneo (SDB) and Shell Exploration & Production Brunei (SEPB) hari ini telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya yang julung kali diadakan di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei.

    Majlis yang bertemakan Muhibah Raya itu turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah,

    Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pengerusi Lembaga Pengarah BSJV.

    Selain dimeriahkan dengan persembahan tradisional, majlis turut mengalu-alukan para tetamu yang hadir untuk mengunjungi ‘rumah terbuka’ daripada organisasi yang hadir dengan mempamerkan ruang pameran yang mengongsikan inisitaif tanggungjawab sosial korporat masing-masing.

    Pada majlis tersebut, BSP telah mengambil peluang untuk menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan negara yang melangkaui aktiviti minyak dan gas.

    Antara jemputan yang hadir pada majlis yang berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Para jemputan yang hadir pada majlis tersebut bergambar ramai. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Selain menjelaskan Makmal Tenaga Seria memupuk celik sains di Brunei dengan menyokong kecekapan STEM terkini dan impaknya dengan sektor tenaga, BSP turut berkongsi maklumat terkini mengenai Shell LiveWIRE Brunei yang telah membangunkan keusahawanan di Brunei selama lebih 20 tahun.

    BSP turut berkongsi kerjasama terbaharu dengan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Brunei, program IBTE Shield yang memfokuskan kepada mengutamakan keselamatan walaupun sebelum pelajar memasuki alam pekerjaan.

    Manakala rumah terbuka Brunei LNG pula telah mengesahkan dedikasinya untuk memacu pertumbuhan negara melalui pelbagai inisiatif yang melangkaui perniagaan terasnya sebagai Loji LNG.

    Melalui sumbangan kemahiran dan sumber untuk memberikan manfaat yang berkekalan kepada masyarakat dan alam sekitar selain Brunei LNG juga berhasrat untuk mewujudkan kehadiran dan legasi yang positif dalam komuniti tempat mereka beroperasi.

    Sebagai penaja utama dan penganjur bersama Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota dwitahunan dalam kerjasama dengan Universiti Teknologi Brunei (UTB), Brunei LNG kekal komited untuk memberikan inspirasi kepada para belia, dan memupuk kreativiti dan inovasi.

    Manakala program utama adalah EmployAbility yang melihat ke arah meningkatkan pekerjaan dan meningkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan, sejajar dengan Wawasan 2035.

    Penglibatan masyarakat kekal sebagai satu tumpuan penting juga dicontohi melalui inisiatif kesedaran alam sekitar bersama-sama dengan Perubahan Iklim BigBWN, penanaman pokok dan pembersihan pantai dengan program Brunei LNG Eco Eagles.

    Sementara rumah terbuka BSM pula mempamerkan inisiatif pelaburan sosial yang memberi tumpuan kepada memupuk hubungan yang kukuh dengan belia dan masyarakat.

    Inisiatif itu direka bagi memupuk impak yang bermakna dalam kehidupan seharian mereka, dan dengan bergerak ke hadapan berganding bahu dengan komuniti, BSM memastikan amalan terbaik yang dikongsi membimbing perjalanan semua orang ke arah kesejahteraan, sama ada perjalanan pantai atau pertemuan semula yang dihargai dengan orang tersayang.

    Rumah terbuka BGC pula mempamerkan beberapa program pelaburan sosial yang antaranya Projek Amali dan Sungai Bersih, Laut Bersih.

    Ia antara lain bertujuan untuk bekerjasama dengan komuniti dan pihak berkepentingan dalam inisiatif mampan yang memfokuskan pada tema pembangunan komuniti dan belia; persekitaran, pendidikan, kesihatan dan pembangunan keusahawanan.

    Manakala SDB pula telah mengongsikan pelancaran Gift to the Nation, sebuah makmal kecerdasan buatan (AI) di UTB, mempromosikan kemajuan dalam penyelidikan teknologi dan AI yang bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan dalam teknologi dan AI, serta mengukuhkan kapasiti untuk inovasi dan pembangunan teknologi di Brunei.

    Sementara SEPB pula telah mengongsikan projek kelestarian Waste Not, Save More mereka di 15 sekolah awam, dengan kerjasama BIBD dan BigBWN.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...