Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Seramai 28 ahli Muhibah Ukhwah Islamiah dari Nanggroe Aceh Darussalam yang diketuai oleh Ketua Ikatan Persaudaraan Haji Indonesia (IPHI) KAB BIREUEN, Wakil Ketua Mejelis Adat Aceh (MAA) KAB BIREUEN dan Tenaga ahli DPRK BIREUEN pagi tadi membuat lawatan ke Adat Istiadat Negara, Bandar Seri Begawan.
Kedatangan rombongan dijemput oleh Pegawai Adat Istiadat, Awangku Mohd Noor Hamaddi bin Pengiran Ahmad bersama Pegawai-pegawai dan kakitangan Adat Istiadat Negara.
Beliau juga turut menyampaikan taklimat mengenai sejarah ringkas Jabatan Adat Istiadat dulu dan sekarang.

Juga disentuh dalam sesi taklimat tersebut visi dan misi jabatan dalam memberikan pengetahuan mengenai adat istiadat serta tugas dan tanggungjawab Jabatan Adat Istiadat Negara dalam sama-sama mengendalikan majlis-majlis beradat istiadat dan majlis-majlis kenegaraan.
Dengan adanya sesi taklimat ini dapatlah bertukar-tukar maklumat dua hala mengenai Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam dan Mejelis Adat Aceh.
Sementara itu, taklimat disambung dengan sesi lawatan ke Bangunan Lapau yang disampaikan oleh Pegawai Penyelidik, Awang Khairol Nazwan bin Karim.