KUALA LUMPUR, 29 OKT – Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seluruh umat Islam untuk terus bermunajat di kala negara masih diuji dengan penularan jangkitan COVID-19, serta dalam usaha memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat. Bermunajat bermaksud mengharapkan keredaan, hidayah dan pertolongan Allah dengan membanyakkan zikir dan doa.