Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MUIB agih zakat kepada fakir miskin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Asnaf fakir miskin di Negara Brunei Darussalam terus mendapat perhatian Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dengan penyerahan agihan zakat modal berusaha dan peralatan rawatan perubatan bagi meringankan bebanan kehidupan mereka kepada tiga penerima di Daerah Tutong, kelmarin.

    Hadir bagi menyempurnakan penyerahan agihan zakat tersebut ialah Pemangku Setiausaha MUIB, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop; ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit dan Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Haji Azman bin Haji Musa.

    Para penerima ialah Awang Mohammad Zini bin Haji Ismail di STKRJ Kampung Telisai, Tutong yang menerima agihan zakat peralatan rawatan perubatan berupa sebuah katil hospital, ripple mattress dan commode chair.

    Awang Muhammad Rahiman bin Senang bertempat di Kampung Padang Baru Bukit Udal, Tutong dan Awang Mohammad Shahrimi bin Haji Akop di Kampung Birau pula masing-masing menerima agihan zakat modal peralatan berusaha berupa mesin rumput bersikut.

    Kesemua peralatan berjumlah $2,565 diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin MUIB.

    MUIB berharap dengan adanya agihan zakat modal peralatan berusaha berkenaan akan meningkatkan semangat dan usaha para penerima agar berusaha lebih gigih dalam meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik manakala itu, penerima agihan zakat peralatan rawatan perubatan pula diharap agar dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan sejahtera dan sempurna.

    Haji Abdul Aziz menyerahkan agihan zakat peralatan rawatan perubatan kepada Awang Mohammad Zini. – Gambar serahan MUIB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda