Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MUIB bantu ringankan beban mangsa

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pagi tadi menyerahkan agihan zakat berupa wang tunai berjumlah $400 kepada mangsa kebakaran rumah, Haji Ludong bin Buntar dan isteri beliau, Hajah Kasum binti Besar.

    Rumah mereka yang beralamat di No. 10, Simpang 360, Kampung Rimba, Gadong telah hangus dijilat api pada 22 Disember 2017 lalu pada sekitar jam 9 pagi.

    Majlis penyerahan tersebut diadakan di rumah anak beliau, Dayang Seriah binti Haji Ludong di Rumah Kembar Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Rimba, Gadong.

    Haji Ludong semasa menerima wang agihan zakat berjumlah $400.

    Penyampaiannya disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha MUIB, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop.

    Wang tunai yang diagihkan oleh MUIB tersebut adalah daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

    Dengan penyerahan wang agihan zakat ini, ia diharap akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para mangsa, dengan harapan semoga sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda