Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Enam Sijil Halal dan satu Permit baharu telah diluluskan oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bagi bulan Ogos 2025, demikian dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah.
Bagi permohonan baharu, premis-premis makanan yang menerima Sijil Halal ialah JES Sdn Bhd; MPFC Sdn Bhd (Dairy Queen, Cawangan Tutong); OTCINC Sdn Bhd (Pizza Hut, Cawangan Kiulap); Sixty Eight Co (The Thirsty Habit); The Eateries (101 Cafe, Cawangan Madang); dan Amali’s Cafeteria.
Sementara itu, bagi Permit baharu, premis yang diluluskan ialah Salika Bakery Shop (Produk Baharu).
Bagi permohonan membaharui, tujuh Sijil Halal dan satu Permit turut diluluskan oleh MUIB. Premis-premis yang menerima Sijil Halal tersebut ialah OTCINC Sdn Bhd (Pizza Hut, Cawangan Tutong); Kaiz Cuisine (Sushi Tei, Cawangan Aman Hills); Kaiz Cuisine (Sushi Tei, Cawangan Plaza Abdul Razak); Simpur Mekar Restaurant and Catering; MPFC Sdn Bhd (Dairy Queen, Cawangan One City); OTCINC Sdn Bhd (Pizza Hut, Cawangan Ban 5); dan Sulbingsoo Sdn Bhd.
Bagi Permit yang diperbaharui pula ialah ialah Salika Bakery Shop.
Orang ramai yang ingin mendapatkan senarai lengkap premis makanan di seluruh negara yang telah diberikan Sijil Halal atau Permit MUIB, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi KHEU di www.mora.gov.bn atau melalui akaun Instagram Bahagian Kawalan Makanan Halal @halal.bn dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui talian WhatsApp 7103111 atau e-mel ke bkmh@mora.gov.bn.


