TOKYO, 11 SEPT – Taufan Muifa mendekati pulau selatan Jepun hari ini, mencetuskan para pegawai untuk mengeluarkan amaran kepada penduduk untuk mencari perlindungan dari ‘ombak dan ribut ganas’ sebelum ia membuat pendaratan.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Muifa dijangka mengekalkan kekuatannya dan membadai pulau Ishigaki, dekat Taiwan, hari ini sebelum menuju ke utara Shanghai dan kawasan sekitarnya.
Petang ini, taufan terletak 180km selatan Ishigaki, membawa angin kencang kira-kira 216kmsj ketika ia bergerak ke barat laut, manakala esok dan Selasa, Muifa akan mendekati rantau sekitar Ishigaki, menurut agensi. – AFP
