Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Mujur ada Lewandowski

    BARCELONA, 13 OKT – Robert Lewandowski menjaringkan 2 gol minit-minit akhir untuk menyelamatkan Barcelona daripada penyingkiran pada aksi Liga Juara-Juara mendebarkan dengan keputusan seri 3-3 menentang Inter Milan di Camp Nou awal pagi tadi.

    Penyerang dari Poland itu menyamakan kedudukan 2-2 buat skuad kendalian Xavi Hernandez pada minit ke-82 dan sekali lagi 3-3 pada penghujung perlawanan menerusi tandukan, selepas Robin Gosens meletakkan kelab Itali itu di depan berbaki seminit masa permainan.

    Nasib Barcelona dalam Liga Juara-Juara kini tidak lagi berada dalam genggaman mereka dan boleh tersingkir buat kali kedua berturut-turut pada peringkat kumpulan sekiranya Inter Milan menang di laman sendiri menentang Viktoria Plzen pada 26 Oktober.

    Menjadi kemungkinan tersingkir awal sekali lagi adalah satu tamparan hebat buat skuad dari Catalan, yang berharap pemain dibeli semasa musim panas termasuk Lewandowski dari Bayern Munich mampu mengembalikan semula kedudukan mereka sebagai antara pasukan elit Eropah. – AFP

    Reaksi Robert Lewandowski semasa perlawanan antara Barcelona dan Inter Milan di stadium Camp Nou di Barcelona, awal pagi tadi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...