Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muka Shahidan Izwan berdarah kena sabit semasa penggambaran

    Profesional ketika bekerja, pelakon Shahidan Izwan tetap meneruskan penggambaran meskipun mukanya luka berdarah akibat terkena sabit yang dihayunkan aktres Ellie Suriaty.

    Berkongsi kembali pengalaman semasa berada di lokasi penggambaran filem Telaga Suriram, Shahidan atau Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 28, memberitahu dia hanya mendapat rawatan selepas tamat babak berkenaan.

    “Detik-detik cemas ketika penggambaran filem Telaga Suriram. Sakit tu memang sakit, tapi kerja tetap kena teruskan.

    “Habis kerja, baru kita sambung sakit semula,” katanya.

    Shahidan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya kelmarin.

    Insiden terkena sabit itu berlaku sekitar tahun 2022 ketika dia dan Ellie menjayakan salah satu babak pergelutan dalam filem berkenaan.

    Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini Shahidan juga memaklumkan dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik namun enggan menerima jahitan kerana tidak mahu kesan parut.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargnet risau akan situasi yang dihadapi Shahidan.

    Malah terdapat warganet yang mempertikaikan penggunaan sabit yang betul sewaktu penggambaran dijalankan

    “Bukan selalu perkara macam ini guna prop palsu ke? Mujur tak kena mata.

    “Risau tengok, walaupun Shahidan profesional tapi mujur sabit tu tak kena mata.

    “Bahaya jika guna sabit yang betul, apa pun bangga dengan Shahidan sebab profesional teruskan penggambaran,” tulis warganet. – Agensi

    Dahi Shahidan luka selepas terkena sabit yang dihayunkan Ellie dalam satu babak filem berkenaan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda