Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Mukbang dan realiti dunia

    Malam semalam, saya ada menonton video mukbang, dan pada mulanya hati saya teruja melihat pencipta kandungan itu begitu gembira menikmati hidangan.

    Setiap kunyahan, setiap ekspresi, seakan menular, seolah-olah saya duduk di meja yang sama, merasai kegembiraan itu.

    Namun, dalam keasyikan itu, rasa bersalah mula menyelinap. Saya teringat berita yang saya baca baru-baru ini dalam Media Permata bertarikh 18 Oktober mengenai isu kebuluran di Gaza, tentang kanak-kanak yang tidur dalam perut lapar, keluarga yang hanya mampu menelan harapan kerana kekurangan makanan.

    Kuantiti makanan yang ditunjukkan dalam mukbang itu mula terasa berlebihan, terlalu banyak hingga menampakkan pembaziran, sedangkan di dunia nyata, ramai yang bergelut untuk mendapatkan sesuap nasi.

    Saya tidak mahu menyalahkan pencipta kandungan mahupun penonton. Mukbang wajar dinikmati sebagai hiburan, tetapi ia juga boleh menjadi panggilan untuk kita lebih sedar.

    Mungkin sudah tiba masanya kita menonton dengan bijak, menghargai makanan dan merenung realiti di sekeliling kita sebelum sekadar terhibur.

    Hiburan dan kesedaran boleh berjalan seiring, hanya jika kita mahu berfikir dengan hati yang terbuka.

    Nomad Kecil

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...