Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Antara 21 sehingga 27 November, terdapat sebuah mukim yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 80 iaitu Mukim Sengkurong dengan 122 kes.
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di
Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada dengan menjaga prosedur operasi standard (SOP) masing-masing terutama ketika berada di kawasan zon merah tersebut.