Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Multitrons lancar produk terbaru Sony

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Multitrons Sdn Bhd selaku pengedar barangan elektronik jenama Sony di negara ini bersama Sony Electronics telah melancarkan siri televisyen 4K HDR – BRAVIA OLED yang baru bersama produk-produk elektronik berjenama Sony yang lain pada majlis yang berlangsung di Hotel Park View, Jerudong, di sini, petang tadi.

    Acara itu dimulakan dengan ucapan penghargaan Pengarah Multitorns Sdn Bhd, Awang Juraimi bin Haji Masrah diikuti dengan ucapan Pengurus Kanan dan Ketua Bahagian Perkembangan Perniagaan, Sony Singapura, Jeremy Heng yang antara lain menyatakan pencapaian Sony dalam melancarkan barangan elektronik terbaru mereka setiap tahun dan seterusnya menyentuh sedikit mengenai produk yang dilancarkan itu.

    Wakil-wakil media tempatan bersama rakan kongsi perniagaan lain yang dijemput juga diberikan taklimat ringkas mengenai televisyen yang dilancarkan itu yang disampaikan oleh Felix Foo wakil dari Sony Singapura diikuti dengan taklimat mengenai barisan Sony HAV (speakers) yang disampaikan oleh Kem yang juga wakil dari Sony Singapura.

    Acara diteruskan dengan pelancaran TV BRAVIA OLED diikuti dengan bergambar ramai dan seterusnya dibawa menyaksikan barisan pameran produk elektronik terkini daripada Sony.

    Antara ciri-ciri terbaru TV BRAVIA OLED itu adalah reka bentuknya yang kurang bingkai, bunyi dan warna skrin yang terang dan menarik tanpa menghapuskan keterangan imej-imej berkenaan.

    Antara yang hadir pada majlis pelancaran itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda