Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mulut lancang Salman Khan bawa padah

    Aktor terkenal Salman Khan dilaporkan mendapat ancaman bunuh daripada seorang mafia yang tidak berpuas hati dengan kelancangan mulutnya, perkara itu dikongsi menerusi laman portal mStar.

    Mafia dikenali sebagai Goldy Brar itu membuat ugutan itu selepas aktor Bollywood itu menghina salah seorang peserta program Big Boss OTT musim kedua iaitu Elvish Yadav.

    Menerusi program realiti itu, pelakon filem Tiger 3 itu dikatakan mengecam kelakuan Elvish termasuk cara pergaulannya dengan peserta wanita.

    Ia bukanlah kali pertama Salman menerima ugutan bunuh malah sebelum ini dia terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan apabila kumpulan gangster Rajasthan iaitu Lawrence Bishnoi membuat perkara serupa.

    Biarpun Lawrence berada di penjara, mesej disampaikan terus kepada aktor berusia 57 tahun itu membuatkan dia diselubungi kebimbangan.

    Malah Salman dan ahli keluarganya dinasihatkan agar tidak keluar ke tempat umum yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko serangan hendap.

    Lawrence dilaporkan membuat ugutan itu susulan pemburuan haram melibatkan aktor tersebut pada 1998. – Agensi

    Salman Khan diugut bunuh kerana hina peserta program Bigg Boss OTT musim kedua. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda